• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Organisasi
  • Fungsi Jabatan

Fungsi, Visi, Misi, Objektif

FUNGSI JABATAN
Fungsi utama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang ialah :-
  1. Sebagai penggerak dan pemangkin pembangunan daerah yang cekap dan berkesan selaras dengan wawasan daerah.
  2. Merancang, melaksana dan menyediakan program pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan dasar pembangunan nasional atau dasar pembangunan negeri.
  3. Merancang pembangunan tanah, mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang tanah.
  4. Melaksanakan pungutan pelbagai hasil tanah, cukai, lesen dan lain-lain lagi.
  5. Memastikan pengeluaran lesen hiburan tidak menjejaskan akhlak masyarakat.
  6. Memastikan ketenteraman Awam perpaduan masyarakat berbilang kaum di daerah ini. 
VISI JABATAN
"Peneraju Pengurusan  Daerah Dan Pentadbiran Tanah Termaju dan Terunggul di Negeri Perak Melalui Sistem Penyampaian Perkhidmatan Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2015"

MISI JABATAN

"Memantapkan pengurusan daerah dan tanah yang cekap dan efisien melalui pengurusan organisasi dan teknologi ICT bagi meningkatkan kemakmuran masyarakat setempat"

OBJEKTIF JABATAN
Pejabat Daerah dan Tanah adalah sebagai penggerak dan pemangkin(catalyst) pembangunan daerah yang cekap dan berkesan selaras dengan wawasan daerah.
Objektif Pejabat Daerah dan Tanah adalah :-

  1. Memperkasakan keupayaan kapasiti organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik dan teratur
  2. Memperkasakan tadbir urus organisasi dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya kreatif serta inovatif
  3. Memantap dan mengemaskini dasar-dasar berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah
  4. Memanfaatkan teknologi ICT dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan teras PDT
  5. Menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkepentingan dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat bagi memantapkan imej PDT sebagai peneraju pengurusan dan pentadbiran tanah

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.