• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 
 
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH & TANAH BATANG PADANG

Anda adalah pelanggan kami, kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan seperti tersebut di dalam Piagam Pelanggan Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tanah dan Unit Pembangunan Luar Bandar

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Kami anggota Bahagian Khidmat Pengurusan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami melalui perkhidmatan seperti berikut:-
  • Setiap surat aduan dikeluarkan akuan penerimaan dalam tempoh (3) hari dan jawapan rasmi dalam tempoh (28) hari bekerja.
  • Menyediakan permohonan lesen "yang lengkap"
    - Tanpa mesyuarat jawatankuasa (dalam tempoh 45 hari bekerja)
    - Melalui mesyuarat jawatankuasa (3 hari bekerja selepas tarikh mesyuarat, surat keputusan/ kelulusan akan dikeluarkan).
  • Kaunter bayaran kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual dan masa akan dilanjutkan mengikut keperluan.
  • Menyediakan baucar bayaran
    - Pesanan tempatan / tuntutan bayaran yang lengkap (dalam tempoh 5 hari bekerja).
    - Tuntutan elaun perjalanan / lebih masa yang diterima pada atau sebelum 10hb. setiap bulan (dalam tempoh 10 hari bekerja).
  • Menyediakan dokumen perkhidmatan
    - Penyata perubahan (3 hari bekerja selepas surat kelulusan diterima).
    - Dokumen persaraan (1 tahun sebelum tarikh persaraan).
    - Pengesahan jawatan (14 hari dari tarikh penerimaan keputusan kelayakan pengesahan).
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH

Piagam Pelanggan Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah

  • Menerima dan memproses semua permohonan tanah / pembangunan tanah daripada pemohon individu dan agensi mengikut Kanun Tanah Negara Akta 56/1965.
  • Memberitahu pemohon jawapan ringkas terima / tolak permohonan untuk diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan diberikan jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kemesraan dan beertika tanpa mengira kaum dan keturunan.
  • Memastikan khidmat nasihat / butiran permohonan yang diberikan adalah tepat dan betul.
  • Menjamin setiap permohonan diproses dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
  • Menyelesaikan permohonan tanah lessen Menduduki Sementara jenis tanaman kontan dalam tempoh 4 bulan.


Piagam Pelanggan Unit Teknikal & Penguatkuasaan

  • Menjalankan siasatan tanah bersama pelanggan dalam tempoh 14 hari setelah menerima fail pelanggan.
  • Menyediakan permohonan ukur bagi tujuan pengeluaran milik kekal dalam tempoh 7 hari.
  • Mengambil tindakan asas aduan-aduan orang ramai berkaitan pencerobohan tanah kerajaan dan pemindahan bahan batu tanpa izin dengan serta-merta.
  • Menyelesaikan pertikaian sempadan tanah dengan segera.
  • Memberi khidmat nasihat berhubung perundangan tanah serta-merta kepada pelanggan.
  • Membantu jabatan/agensi/swasta dalam urusan tanah dengan segera.
  • Membantu pelanggan mendapatkan keterangan hakmilik dengan serta-merta.
  • Membantu pelanggan bagi urusan pembelian pelan tanah dengan serta-merta.
PIAGAM PELANGGAN UNIT PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi danm program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan besar.
Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dilaksanakan oleh unit ini terutama Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Jawatankuasa PPRT dengan lengkap dan tepat serta ia akan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan atau cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada ibu pejabat atau kementerian selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun semasa.
Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
Menyediakan baucer bayaran peruntukan (Perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas menimbang dan menyetujuiterima sebutharga daerah setiap bulan dan bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.