• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Pengenalan
  • Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang (PDTBP) terletak di dalam kawasan Pekan Tapah, Perak. Pekan Tapah pula, terletak kira-kira 70 Km daripada Bandaraya Ipoh. Di dalam negeri Perak, terdapat 9 daerah dan Batang Padang adalah merupakan salah satu daripadanya. Lapan daerah yang lain ialah Larut Matang Selama, Perak Tengah, Kinta, Manjung, Hilir Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

PDTBP telah ditubuhkan pada tahun 1920 dan telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak. Dalam pentadbiran PDTBP terdapat seorang Pegawai Daerah yang akan mengurus dan mentadbir pegurusan PDTBP. Pegawai Daerah yang pertama berkhidmat di PDTBP ialah Mr. M. M. Melinton. Pada hari pembukaan rasmi PDTBP, ia telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah DK., DK II,DKSA,SPCM, SPTS,SPMP pada hari Selasa 27 Jun 1989 bersamaan dengan 23 Zulkaedah 1409.

PDTBP telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri untuk mengawal enam mukim yang terdiri daripada Mukim Batang Padang, Mukim Chenderiang, Mukim Bidor, Mukim Sungkai, Mukim Slim dan Mukim Ulu Bernam. Setiap Mukim mempunyai penghulu yang akan membantu menjaga keamanan dan kemakmuran mukim tersebut. Di daerah Batang Padang, terdapat 66 buah kampung tradisional. PDTBP juga mempunyai sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai daerah kecil Slim River. Pegawai Daerah Batang Padang akan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah dalam urusan pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Slim River (PDTSR). 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Antalya escort brazzers porno instagram takipci hilesi